PseeSpa

Panduan · 6 minit baca

Contoh Soalan PSEE SPA 2026: 30 Soalan dengan Jawapan Ideal

PSEE (Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam) ialah ujian psikometrik SPA yang mengukur sejauh mana calon sesuai dengan jawatan yang dimohon. Dokumen rasmi di spa.gov.my menyebut tiga dimensi yang dinilai, iaitu kesesuaian dengan tugas jawatan, dengan organisasi dan dengan pasukan kerja (job-fit, organization-fit dan team-fit). Tiada markah lulus atau gagal, sebaliknya keputusan ditentukan melalui kedudukan relatif antara calon. Menurut laporan pemohon kumpulan lepas, format yang paling kerap dilihat ialah 199 soalan dalam 90 minit, walaupun format PSEE sebelum ini pernah berbeza, contohnya 143 soalan dalam 30 minit untuk S41 dan 382 soalan dalam 60 minit untuk PTM41.

Artikel ini list 30 contoh soalan format PSEE yang disusun ikut 7 domain personaliti yang dilaporkan dari sumber tutoring industry, dengan jawapan ideal berdasarkan logical reasoning profil pegawai perkhidmatan awam.

Format Skala Jawapan

Format terkini yang dilaporkan calon (2023 dan 2024) guna 4 pilihan tanpa pilihan neutral. Pilihan dipaparkan sebagai label penuh tanpa huruf, dalam susunan Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Setuju dan Sangat Setuju.

30 Contoh Soalan + Jawapan Ideal

Integriti

1. Saya akan menolak sebarang habuan yang boleh mempengaruhi keputusan kerja.

Jawapan ideal Sangat Setuju

Format PSEE

199soalan
90minit
4pilihan
7domain
Kestabilan Emosi

2. Saya mudah hilang sabar apabila menerima teguran.

Jawapan ideal Tidak Setuju

Kerjasama

3. Saya suka bekerjasama untuk menyiapkan tugasan penting.

Jawapan ideal Setuju

Tanggungjawab

4. Apabila melakukan kesilapan, saya akan mengaku dan membetulkan.

Jawapan ideal Sangat Setuju

Disiplin

5. Saya kadang menangguhkan kerja walaupun penting.

Jawapan ideal Tidak Setuju

Tekanan Kerja

6. Saya mampu siapkan tugasan baik walaupun tertekan.

Jawapan ideal Setuju

Kepimpinan

7. Saya berani buat keputusan apabila perlu tindakan segera.

Jawapan ideal Setuju

Adaptasi

8. Saya terima pandangan orang lain walaupun berbeza.

Jawapan ideal Setuju

Daya Tahan

9. Saya cepat putus asa apabila keputusan tidak memihak.

Jawapan ideal Tidak Setuju

Amanah

10. Saya jaga maklumat sulit dengan cermat.

Jawapan ideal Sangat Setuju

Cuba 20 soalan percuma

Jawab 20 soalan latihan pada skrin yang menyerupai PSEE yang dirakam calon, dan setiap jawapan datang bersama penjelasan ringkas. Anda tidak perlu mendaftar akaun.

Mula latihan percuma

Pattern Jawapan Ideal (Logical Reasoning)

Berdasarkan logik profil ideal pegawai perkhidmatan awam.

Kesilapan Biasa

  1. Jawab Sangat Setuju semua. Logiknya jawapan Sangat Setuju semua tunjuk profil tak realistik (semua manusia ada nuance). Format psikometrik biasanya ada mekanisme deteksi distribusi extreme.
  2. Jawab Setuju semua. Tanpa pilihan tengah, ramai calon berlindung pada Setuju untuk setiap soalan. Profil jadi rata dan tidak menunjukkan pendirian yang jelas pada nilai teras.
  3. Tak baca soalan teliti. Soalan negatif (contoh "Saya kadang menyalahkan keadaan") perlu jawapan rendah, bukan tinggi.
  4. Jawab inconsistent. Format soalan psikometrik biasanya ulang konsep sama dengan frasa berbeza untuk deteksi konsistensi. Kalau Q5 jawab 'Sangat Setuju' tapi Q40 (yang sama tema) jawab 'Sangat Tidak Setuju', distribution tak konsisten.
Soalan latihan ikut domain
  • Disiplin86
  • Motivasi86
  • Kebolehan Sosial86
  • Integriti85
  • Kestabilan Emosi85
  • Personaliti85
  • Kejujuran84

Tip Sebelum Exam Sebenar

Latih 199 soalan dulu untuk biasa dengan format dan dapat profil personaliti baseline. Lepas tu, jawab dengan konsisten sambil sedar profil ideal pegawai SPA. Pemohon lulus PSEE bukan paling pandai. Yang paling biasa format.

Akses penuh, RM69 sekali bayar

597 soalan latihan dalam 3 set penuh ikut format PSEE yang dilaporkan pemohon, dengan Mod Peperiksaan 90 minit, penjelasan untuk setiap soalan dan laporan ikut 7 domain. Kalau anda tidak berpuas hati, mohon pemulangan wang penuh dalam masa 7 hari melalui pseespa.com/bantuan.html.

Lihat akses penuh